JUARA Eropah, Sepanyol melonjak ke tangga teratas ranking bola sepak dunia FIFA selepas pasukan itu menjuarai Euro 2008, manakala Brazil dan Argentina tersingkir daripada senarai tiga pasukan teratas buat pertama kali sejak sekian lama.
Kejayaan 1-0 Sepanyol ke atas Jerman pada final Euro 2008, Ahad lalu melonjakkan pasukan itu tiga anak tangga, sekali gus menjadikan mereka pasukan keenam selepas Perancis, Jerman, Brazil, Itali dan Argentina yang pernah menduduki tangga teratas senarai yang sudah berusia 15 tahun itu.
Brazil jatuh ke tangga keempat dalam senarai terbaru kelmarin (2 Julai) dan ia yang terburuk sejak November 1993 buat juara Piala Dunia lima kali itu. Read the rest of this entry »
ITALI mengetepikan segala kritikan yang dilemparkan kepada mereka sebelum kejohanan bermula apabila muncul juara Piala Dunia 2006 menewaskan Perancis 5-3 menerusi penentuan penalti dalam aksi perlawanan akhir penuh dramatik di Stadium Olimpik Berlin, Jerman.
Pemenang terpaksa ditentukan menerusi penentuan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tambahan masa.
Bekas pemain terbaik dunia tiga kali, Zinedine Zidane menjaringkan gol pendahuluan Perancis pada minit ketujuh sebelum Marco Materazzi berjaya mengikat kedudukan buat Itali pada minit ke-19. Read the rest of this entry »
DUA gol jaringan Ronaldo membantu Brazil menjuarai Piala Dunia 2002 selepas menundukkan Jerman 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Yokohama, Jepun.
Ronaldo yang dibelenggu masalah kecederaan panjang sebelum kejohanan bermula tampil cemerlang khususnya pada babak kedua untuk menewaskan penjaga gol Jerman, Oliver Kahn pada minit ke-67 dan 79.
Dua jaringan itu turut membantu Ronaldo menggondol anugerah ‘Kasut Emas’ selaku penjaring terbanyak kejohanan dengan lapan gol keseluruhan. Read the rest of this entry »

PERANCIS berjaya menjulang Piala Dunia buat pertama kali selepas menewaskan pasukan pilihan, Brazil pada perlawanan akhir 1998, memanfaatkan kelebihan sebagai tuan rumah kejohanan tahun berkenaan. Read the rest of this entry »